Tuesday, September 16, 2008

Engineer punya kerja….!!!.....

Aritu main uno stack’em dengan para sepupu yang terdiri daripada Aqilah, Kak Nina, Chaeyo dan Acik…Kiranya 5 orang la yang kerjakan uno tu…Lepas boring2 main, tiba2 je acik susun blok tu…Budak engine kan…ada je idea dorang tau dia buat ape??



KLCC....


Petronas Twin Tower…Klcc…


Transformers….Tapi ada 3 kaki….

Ni la kejenya kalau dah boring sangat…Saya pun ambil port juga…Gambar ni..semua saya la yang ambil…Kiranya ada la juga sumbangan…huhuhuhu….

Ni keje Chaeyo n da gang…Bosan sangat xdapat join main bola tampar coz bawah umur..huhuhu….

Monday, September 15, 2008

HATI YANG HILANG…..(non-jiwang-paku-karat version…)

Betul..Hati saya dah hilang..sedih woo..Hati tu ada sentimental value lagi…Dengan rantai sekali hilang pulak tu…Hilang time final exam plak tu….Cerita dia macam nie…
Masa short sem yang lepas…(kat cenfos nilai)…Semua sister kena pindah ke blok A…Tapi cafe kat blok E still buka lagi..So…kitaorang yang dah biasa beli kat cafe blok E tetap teruskan aktiviti ‘makan’ kat cafe blok E…Ada la banyak reason kenapa..antaranya…
1. Murah ‘sikit’ berbanding cafe lain…
2. Sedap ‘sikit’…..(agakla….)
3. Malas nak p menempel muka kat blok B…
4. Gerun tengok brothers yg tbe2 jadi ‘hyperactive’ kalau nampak sisters…

So…kalau duduk blok A tu….faham2 la…kenalah rentas padang masa nak pergi blok E…Satu hari ni…Saya…Khai…Yan dan Mai pergi blok A dalam pukul 6.00 ptg….Bila tengok xda brothers yang main bola masa tu…Kitaorang pun cross padang…Betul2 kat kwsan rumput n batu2…slalu lalu kat laluan simen je…

Esoknya baru perasan yang rantai dah xda…masa tu memang xterfikir yang rantai tu jatuh kat padang…Habis geledah katil…almari..beg smua…Last2 Ajie mtk tolong abah dia tgokkan n abah dia cakap ada kat kwsan yg berbatu merah n berpasir sikit…(apa lagi…padang la…)
Esoknya lagi…(Jumaat)…Pagi2 pas subuh…(pukul 8)…ajak Khai p tengok…Cari punya cari..sampai kena tegur dengan pak guard…
“Adik buat apa?”…………..
“Exercise…”………..saya jawab…….(Bukan apa…malas nak layan….Pak guard nilai….Hanya bdk2 Nilai je yg tau….)
Conclusion…xjumpa…xtaula pasni sapa yang jumpa…sama ada orang Indon yang pasang khemah utk Ta’aruf week…atau bdk2 laki yang main bola kat padang tu…..
Ntah2 dah selamat disepak masuk longkang oleh bro2 yg main bola kat padang…..




2D







3D


Apa2 pun…kalau saya xjumpa…harap sangat2 xda orang lain yang jumpa coz ‘Hati’ tu ada sentimental value…dan belum tentu ‘dia’ (org yang jumpa tu) akan menghargai sentimental value yang ada pada ‘Hati’ saya tu….wassalam…

Thursday, September 11, 2008

She likes purple......!!!.....

I’m just wondering…kenapa ramai sangat orang suka warna purple…especially during wedding day or engagement day…suka sangat warna purple…kenapa yea??? Contoh yang terdekat…member acu (member saya juga) bertunang pilih warna purple..Kahwin nanti pun nak warna purple juga…boleh tak panggil dia purplelistic??? Or..purple mania?????hahaha… just joking…Jangan marah ye Kak Ana….

Nasib baik cincin tak purple…

Sirih junjung…tak dapat nak bayangkan kalau celup warna sirih tu jadi purple…hahaha…



Hantaran…purple…



Warna tema purple…Tapi ada juga yang degil…especially yang baju merah….huhuhu…tak sempatla…masa tu dah nak balik cenfos Nilai…Registration day untuk short sem….



Buah pun ada warna purple??...



Ni la dia…complete set of purple’s theme…huhuhu….



Cadar n hantaran…satu set purple…

Itulah serba sedikit gambar2 hari pertunangan kak Ana…Tak kisahla apa warna yang Kak Ana suka…janji kehidupan yang mendatang diberkati oleh-Nya…Dah nak jadi isteri orang dah pun lepas raya haji nanti…Kalau dulu masa kecil2 kita selalu main masak2..lepas ni nak masak2 dah tak boleh main2 lagi…huhuhu….



Tuesday, September 9, 2008

PPPAT Gelami-Lemi…

Kiri..Kanan...Depan....Belakang ada bukit.....

Apa nie??? Tong Sampah.....
Surau....

Office....Design cam Jepun punya Astrolab....




Playground...Eh..Ada budak interframe laa....

Rumah Ketua Pusat n Pegawai Kanan.....


Best juga duduk kat sana…Area Jelebu, Negeri Sembilan…Walaupun sempat duduk 3 bulan je tapi orang2 kat situ memang best…Maksud saya komuniti PPPAT la…Bila ada problem..sama2 tolong…
Masa tu, tengah tunggu result Spm…Nak kerja pun tak boleh bcoz tempat tu boleh dikatakan kawasan pendalaman…Adik2 nak p sekolah pun dalam 30 km….huhuhu…kesiannya…
Landscaping dia memang tiptop…cantik la juga…walaupun ramai yang komplen sebab jauh dari Bandar…Tapi bila dah lama duduk jadi biasa je…Bak kata orang tua2…Alah bisa tegal biasa…

My first impression masa pindah sini…. “Hutan banat manela ni..” “Jauhnya nak pergi kedai…” “Coverage susah dapat…” Dan macam2 lagi… Tapi tak lama pun… Biasela tempat baru…Selagi orang tak duduk…Selagi itu kita tak tahu apa kekurangan yang perlu diperbaiki….Sama je konsepnya…
One thing yang saya suka kat sini ialah cuaca…Jarang sangat hujan tapi sejuk sgt2…Boleh dikatakan lagi sejuk daripada uia Gombak…Bila hujan..boleh nampakla kabus naik dari atas tar…best2…yang paling best bila jemur toto…jemur seminggu pun belum tentu kering….huhu….


Monday, September 8, 2008

Penyu ke Labi2????...........


Penyu ke Labi2????...........

Bulan 3 yg lepas…Baru je sampai skudai untuk konvo acik…Travel dari kajang ke skudai adela dalam 5-6 jam jugak… walaupun sy jadi penumpang setia…(penat cam orang drive la pulak..)…tapi penat tak pyh cakap la…dah lama la juga tak travel jauh2…since 2006 lagi dah…
Sampai Skudai, lepas check-in bilik…rasa penat yang teramat… So…lepas solat tu apa lagi…terus tidur…Tengah sedap2 tidur…acik kacau…Memang dari dulu tabiat dia kalau orang nama anis ni tidur…dia akan kacau…
“Bangun2..Kita p tengok penyu..” Acik tarik bantal sy..Huhu…Dahla penat..nak tidur pun kena kacau…So dengan selambanya sy tutup muka dgn selimut…
“Bangun la..ada penyu..jom kita p tengok..bukan senang nak tengok penyu..”Acik kejut lagi…Sy pun bangun..ikut la dia p kedai akuarium…Sampai sana…Hahaha…Sayalah orang pertama yang gelak dulu..Penyu air tawar rupanya…adoiii…Acik….


Comel kan penyu nie???haha…Labi2 la…Bukan penyu…


Tapi memangla bentuk dia lebih kurang macam penyu juga..Tak dinafikan la…Kes penyu dan labi2 ni samela macam kes harimau dengan kucing…rupa seakan akan sama tapi spesis lain-lain..
So…Berterima kasihlah kepada Pencipta Yang Agung…….

Monday, September 1, 2008

Puasa...

Puasa datang lagi....
Rasa cam baru je puasa kat pj aritu dgn ain...salmi...n da roomates Ac420...
hehehe...
skrg dah puasa lagi...
sekejap je...
huhuhu...
hopefully puasa kali ni dapat manfaatkan dgn secukupnya...