Monday, May 4, 2020

Ucapan Terima Kasih

Ya, Terima Kasih

Dua perkataan yang pada aku sangat penting.

Kenapa penting?
Kerana dua perkataan keramat ini mampu untuk mengubah persepsi, mampu mengubah 'mood' dan mampu untuk mengubah situasi yang terjadi.

Pernah tak sedang kita tengah sibuk, down, atau stress tiba-tiba ada yang datang mengucapkan kata 'terima kasih' kepada kita walhal perkara yang kita lakukan itu kecil sahaja.

Masa tu kita rasa seronok kan?

At least ada yang masih menghargai kita.

Seronok tu bukanlah sampai tahap nak kembang sana. kembang sini, tapi rasa macam satu perasaan yang terdetik dalam hati.

Seolah-olah kita masih diperlukan.
Seolah-olah kita masih dihargai.
Seolah-olah kita masih ada yang sayang.

Kenapa aku bagi contoh kepada 'kita'?

Kerana apabila kita 'rasa' dahulu baru kita akan buat pada orang.

Ucapan terima kasih tu mungkin kecil pada sesetengah orang.
"Ala, terima kasih je pun."

Dan ucaplah terima kasih walaupun tiada balasan 'sama-sama' atau 'you are welcome' dari pihak yang satu lagi.

Aku pernah beberapa kali sentap apabila aku ucapkan perkataan terima kasih tetapi tiada balasan 'sama-sama' yang aku terima.
Tapi lama-kelamaan aku mulai terima hakikat yang 'this is me', aku yang hendakkan untuk 'value' effort dan pertolongan orang lain dan aku sepatutnya tidak mengharapkan balasan.

Dan lama-kelamaan aku dah terbiasa untuk tidak mengharapkan balasan.

Tapi percayalah, yang sekecil-kecil perbuatan itulah yang kadangkala meninggalkan kesan kepada orang lain.

Ucapkanlah perkataan terima kasih walau dalam bahasa apa sekali pun,
Ucaplah terima kasih walaupun sedikit budi yang kita terima.







Saturday, April 11, 2020

First Posting Guys!

Assalamualaikum

MasyaAllah

Tabarakallah

Lama rasanya tak menulis. Seingatnya last posting tahun 2013 macam tu.
First posting pulak tahun 2008.

Sekarang dah 2020 (lebih kurang 7 tahun dah tak menulis)
7 tahun???

Lama kan?

So mungkin akan ada perubahan dari sudut penulisan kan?

Ye tak?
Ke sama je?

Actually banyak yang jadi dalam 7 tahun ni.
(Sebenarnya nak bagitahu yang lupa password tapi ni baru nak recover)
(Jenuh hack email lama yang dah tak pakai)
(Tekan sana tekan sini dan Nahh!! boleh recover balik blog nyaaa)

Alhamdulillah 'ala kulli hal


Soooooo
Zis (because sis is too mainstream)

Sekali lagi

Soooo
Zis dah tak sabar nak menulis ni

Nanti Zis sambung okeh?










Sunday, November 3, 2013

Dont Judge a Book By Its Cover

          Terpanggil rasa hati untuk menulis walaupun sudah lama hobi semasa ini ditinggalkan. Acap kali kita dengar  ayat seperti " Dont Judge a Book by Its Cover". Maksudnya? Jangan menghukum dengan hanya memandang luaran...

Luaran?
Bagaimana yang dikatakan luaran?
Bagaimana pula yang dikatakan dalaman?

Senang jee.....
Hati adalah dalaman. Selain daripada hati adalah luaran.
Paras rupa? Kacak? Hensem? Putih? Lawa? Cantik? Manis?= Luaran
Kaya? Mewah? Berduit? Kemeja? Smart? Ramah?= Luaran
Suka senyum? Masam? Muka masalah? Pandai ambil hati?= Luaran

Sebelum membuat kesimpulan haruslah mengkaji buruk dan baik perkara yang kita fikirkan. Contohnya kita melihat seseorang yang berkelakuan bagitu dan begini, adalah lebih baik untuk kita berfikiran baik tentang dia. Ada sebab dan musabab atas segala perlakuan manusia. Saya percaya yang setiap apa yang dilakukan oleh seseorang tidaklah atas dasar 'saja-saja'. 



     Yang buruk luarannya mungkin mempunyai hati yang baik. Yang cantik luarannya tak semestinya mempunyai hati dan fikiran yang baik. Semuanya tergantung pada Allah. Hanya Allah yang tahu dan Allah yang berhak menilai. Kita siapa untuk menilai? Kita siapa untuk menentukan siapa yang baik dan siapa yang layak? semua itu adalah hak Allah. Kita? Kita adalah sama disisi Allah walaupun didunia ini kita berbeza keturunan, harta dan pangkat. Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia. Yang penting kita sentiasa berniat baik, melakukan perkara-perkara yang baik, ikhlas dalam melakukan tanggungjawab dan amanah serta sentiasa bersangka baik. Ini kerana kita manusia adalah sama pada pandangan Allah, yang membezakan kita adalah iman.

     Ingat lagi cerita "Beauty and the Beast"? Lupakan watak Belle yang memang kita lihat sebagai seorang wanita yang baik hati dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan ayahnya. Fokus pada watak Beast yang kasar, buruk, hodoh dan menakutkan. Agak-agak kalau kita tengok cerita Beauty and the Beast separuh jalan, adakah kita akan mengetahui sebenarnya Beast adalah seorang putera raja? adakah kita akan tahu sifat sebenar Beast? Tidak bukan? Sama seperti aplikasi untuk realiti, kalau kita tidak tahu pokok pangkalnya, sebab musababnya dan cerita disebalik sesuatu yang terjadi, kita takkan tahu dan takkan mendapat gambaran relitinya.

Jalan mudah adalah sentiasa berfikiran baik, berfikiran positif, memaafkan dan memperbaiki diri. Bak kata Prof Muhaya: "Reset Minda"

Friday, April 6, 2012

Rambang Mata

         Assalamualaikum...

          Rambang mata? Apa kena dengan rambang mata?
Haaa....."Rambang mata" adalah simpulan bahasa yang bermaksud tidak tahu membuat pilihan.
Pernah tak kita pergi ke satu kedai baju lepastu kita pening tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya cantik-cantik belaka. Mesti pernah kan? 
          Bukan setakat barang-barang, kadang-kadang, peluang pun ada sesetengah orang yang rambang mata. Yela, tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semua peluang yang ada semua yang the best la. Ada juga yang rambang mata dengan perempuan, especially orang yang bekerja atau berurusan dengan ramai perempuan. Haaa...Nak pilih yang mana satu ni? Jeng Jeng Jeng. Yang berambut panjangkah? Yang bermata besarkah? Yang berlesung pipitkah? Atau yang tinggi lampai? Jawapan saya? Jom kita rephrase kata-kata Shakespeare dalam Sonnet 18------------ "Beauty lies in the eye of beholder" (Poem Sonnet 18 untuk next post k)
          Cuba bayangkan seorang artis lelaki yang hensem, banyak berlakon drama, hidup dikelilingi perempuan-perempuan yang cantik-cantik sama ada di set atau di majlis-majlis. Rasanya dia pun rambang mata nak pilih mana satu (kalau masih single la). Nak pilih orang biasa, takut orang tu nakkan dia sebab dia artis, dan macam-macam jenis takut dan halangan yang difikirkan. Sekali lagi, tanya sama hati. Kalau hati suka, teruskan.
            Kenapa HATI? ok..Next post InsyaAllah... Hee.. 

Monday, March 26, 2012

Aku Bertaubat Ya Allah

          "TAUBAT" Seringkali kita mendengar perkataan ini disebut oleh seseorang yang sudah insaf untuk melakukan sesuatu perkara.

"Taubat dah aku tak nak buat kerja-kerja macam tu."
"Aku dah taubat Lisa, jangan kau sebut lagi pasal tu."

          Alhamdulillah kalau seseorang tu dah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Kita doakan supaya hidupnya sentiasa dirahmati dan dikuatkan hatinya supaya tetap teguh dengan pendiriannya.
Tapi......

          Bagaimana pula dengan orang yang tidak mahu bertaubat?

"Nantilah...Aku muda lagi lah.. Kalau aku taubat pun nanti aku buat lagi."
" Aku belum sampai seru lagi.....Seru dah sampai nanti aku taubatlah."

Taubat tak mengira usia, tua atau muda. Bukan soal sampai seru ke tak....Seru tu dah sampai sejak dari dulu...Sejak bertapaknya agama Allah dimuka bumi. Kadang-kadang seseorang tu sedar dirinya melakukan kesalahan dan terlalu ego untuk mengaku kesilapan..

          Ada juga yang ada rasa keinsafan tetapi takut dengan kata-kata dan penerimaan orang sekeliling dan takut untuk berubah. Usah khuatir, kuatkan tekad di hati kerana Allah sentiasa bersama kita. Jangan tunggu dan 'delay' kerana masa tidak pernah menunggu kita. Hidup ini hanyalah perjalanan untuk mencari bekalan untuk Akhirat.

          
          Tak semestinya bila seseorang itu bertaubat, dia kena singkirkan semua rakan-rakan lamanya, terperuk berperap di dalam rumah, memakai jubah dan kopiah beserta tasbih di tangan...Tidak semestinya. Saya ulang, Tidak Semestinya. Dia hanya perlu menjalani kehidupannya seperti biasa asalkan ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Belajar untuk berubah dan meningkatkan amalan secara perlahan-lahan dan istiqamah. InsyaAllah...



"Selangkah Kita mendekati Allah, Seribu Langkah Allah menghampiri kita."
"Barangsiapa yang mengingati Allah diwaktu senangnya, Nescaya Allah akan mengingati dia diwaktu susahnya"





Monday, January 9, 2012

Cakap-Cakap: Itu Ini Macam Tu Macam Ni

          Percakapan adalah salah satu cara untuk kita menyampaikan maklumat. Namun percakapan itu ada dua jenis. Yang baik dan juga yang tak baik. Sebut pasal percakapan yang baik, umum dah tahu macam mana jenis percakapan yang baik itu. Berhati-hati semasa menyampaikan berita kepada orang lain kerana ianya boleh menyebabkan banyak kesan. Kalau cerita yang kita sampaikan itu baik, maka baiklah kesannya. Tapi kalau cerita yang kita sampaikan tu tidak baik, maka buruklah kesannya.



          Pengalaman sendiri menghadapi situasi diatas. Tapi lain sikit coraknya. Saya jenis seorang yang susah untuk berkongsi rahsia ataupun mengadukan hal peribadi kepada rakan-rakan. Pada suatu hari, ada seorang rakan yang agak rapat, Miss Y (suam-suam kuku) bertanyakan hal peribadi saya. Oleh kerana percayakannya, saya pun menceritakan hal tersebut (cerita secara general je, bagi main point je). Tak lama selepas itu (dalam 4, 5 bulan), seorang rakan yang lain (Miss X) bertanya:
Miss X: Anis, eh bukan awak...........Kenapa cakap tak ada pulak?
Miss Me: Eh, mana tahu ni? (tersangat-sangatlah curious sebab mana pulak dia tahu pasal ni)
Miss X: Tak ingatla, tapi diaorang cakap macam tu la

          Diorang???? See! Masa mula-mula dapat tahu tu hati memanglah terbakar tahap gaban. Panas je dengar sebab rupa-rupanya cerita yang kita kongsikan tu disebar-sebarkan. Banyak sangat soalan yang timbul dalam kepala ni...Antaranya:
-Sampai Hati dia cerita kat orang lain?
-Kenapa dia buat macam tu?
-Kenapa sebarkan cerita aku?
-Dah takde kerja lain ke asyik cerita pasal aku?

 Tak boleh nak buat apa lah, sebab salah saya juga dan puncanya daripada saya. Marah??... Tak boleh nak marah dah sebab semuanya dah terjadi. Marah-marah pun dah tak guna. Apa yang saya mampu buat adalah betulkan sedikit salah faham dalam info itu kepada yang bertanya atau Miss X tadi..
Miss Me: Takdelah, bukan macam tu. Sebenarnya macam ni.........
Miss X: Ohhh...macam tu ke?
Miss Me: Ye.

          TAPI........satu pengajaran penting yang saya dapat ialah hanya berkongsi hal peribadi dengan orang yang benar-benar dipercayai supaya tak timbul salah faham nanti. Susah-susah sangat, tak payah nak cerita kat orang. Mengadu pada Allah. Dia yang Maha Mengetahui, Maha Mendengar. Saya pernah dengar satu ayat, tapi tidak dinyatakan pula dari mana sumber ayat atau kata-kata ni:

"Barangsiapa yang membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain."

Bunyi dah macam internet bergerak la pulak...hehehe...


Apa-apa pun, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadika sempadan... :)





Tuesday, November 1, 2011

SiFaT AnaK SoleH

Sifat Anak Soleh
Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba


Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi

Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi

Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh
(Quoted: Anak Soleh song)


“Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.” (Riwayat Muslim)