Luaran?
Bagaimana yang dikatakan luaran?
Bagaimana pula yang dikatakan dalaman?
Senang jee.....
Hati adalah dalaman. Selain daripada hati adalah luaran.
Paras rupa? Kacak? Hensem? Putih? Lawa? Cantik? Manis?= Luaran
Kaya? Mewah? Berduit? Kemeja? Smart? Ramah?= Luaran
Suka senyum? Masam? Muka masalah? Pandai ambil hati?= Luaran
Sebelum membuat kesimpulan haruslah mengkaji buruk dan baik perkara yang kita fikirkan. Contohnya kita melihat seseorang yang berkelakuan bagitu dan begini, adalah lebih baik untuk kita berfikiran baik tentang dia. Ada sebab dan musabab atas segala perlakuan manusia. Saya percaya yang setiap apa yang dilakukan oleh seseorang tidaklah atas dasar 'saja-saja'.
Yang buruk luarannya mungkin mempunyai hati yang baik. Yang cantik luarannya tak semestinya mempunyai hati dan fikiran yang baik. Semuanya tergantung pada Allah. Hanya Allah yang tahu dan Allah yang berhak menilai. Kita siapa untuk menilai? Kita siapa untuk menentukan siapa yang baik dan siapa yang layak? semua itu adalah hak Allah. Kita? Kita adalah sama disisi Allah walaupun didunia ini kita berbeza keturunan, harta dan pangkat. Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia. Yang penting kita sentiasa berniat baik, melakukan perkara-perkara yang baik, ikhlas dalam melakukan tanggungjawab dan amanah serta sentiasa bersangka baik. Ini kerana kita manusia adalah sama pada pandangan Allah, yang membezakan kita adalah iman.
Ingat lagi cerita "Beauty and the Beast"? Lupakan watak Belle yang memang kita lihat sebagai seorang wanita yang baik hati dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan ayahnya. Fokus pada watak Beast yang kasar, buruk, hodoh dan menakutkan. Agak-agak kalau kita tengok cerita Beauty and the Beast separuh jalan, adakah kita akan mengetahui sebenarnya Beast adalah seorang putera raja? adakah kita akan tahu sifat sebenar Beast? Tidak bukan? Sama seperti aplikasi untuk realiti, kalau kita tidak tahu pokok pangkalnya, sebab musababnya dan cerita disebalik sesuatu yang terjadi, kita takkan tahu dan takkan mendapat gambaran relitinya.
Jalan mudah adalah sentiasa berfikiran baik, berfikiran positif, memaafkan dan memperbaiki diri. Bak kata Prof Muhaya: "Reset Minda"
No comments:
Post a Comment