Friday, October 8, 2010

.....BiDaDaRi Syurga......

          Haaa...Entri kali ini nak cerita kisah Bidadari pulak....Tiba2 rasa terpanggil untuk menulis...Tangan ni pun dengan lajunya menaip....teruja lah katakan.....(^_^)...Kite ada juga Google pasal Bidadari ni...tapi semua cerita tu seakan2 sama je...macam artikel yg copy-paste je dari blog2 orang lain....Tapi kali ni kite nak kongsi cerita yang lain sikit...kiranya versi lain la....


          Bidadari merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t...Umum diketahui yang kecantikan bidadari ni tidak terjangkau oleh imaginasi manusia. Kecantikan dan juga kelembutan Bidadari mengatasi wanita2 di dunia......Allah menyebut mereka dengan panggilan "hur al-ain" yg bermaksud wanita yg berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yg sangat hitam seperti mata rusa yang sangat cantik.
          Dalam hadis al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Andai seorang wanita syurga menampilkan diri kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuhlah apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."
          Bidadari merupakan makhluk perindu. Mereka sentiasa merindui suami-suami mereka. Suami yang Allah ciptakan untuk mereka. Mereka akan duduk sambil mengalunkan suara merdu dan bernyanyi-nyanyi tanda mereka amat merindui suami-suami mereka. Suami-suami kepada para bidadari adalah lelaki-lelaki soleh yang sentiasa mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Mahar atau mas kahwin untuk bidadari hanyalah "panjang bertahajud"...Apabila suami mereka di dunia melakukan solat malam atau bertahajud, bidadari akan turun dan mengintip suaminya yang berada di dunia.


          Bidadari akan marah apabila melihat suami mereka disakiti oleh isteri-isteri di dunia. 
Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dalam kalangan bidadari berkata, 'Celakalah engkau, ia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi ia akan segera berpindah kepada kami."


          Keyakinan kepada bidadari membuatkan lelaki menundukkan pandangannya daripada aurat wanita di dunia. Ini kerana, apabila sedetik kita menurut kemahuan nafsu di dunia, dapat menghapuskan kenikmatan dalam syurga....Wallahualam....

*Credits to Solusi isu no 24...

Saturday, October 2, 2010

Layakkah kita untuk berkata "Kau Siapa?"

          Tengah sibuk2 buat assignment, tiba2 terfikir satu 'drama' dalam kelas...Drama ni dah lama tapi muncul dalam kepala pula.....Satu hari dalam kelas yang dihadiri oleh 20 orang pelajar, seorang tenaga pengajar lelaki yang petah bercakap dan juga seringkali mangutarakan hujah2 yang menggunakan logik akal..Tiba2, terkeluarlah  topik berkenaan 'academic background' tokoh2, pemimpin2 dan juga tidak terkecuali pendakwah agama...Ada yang berkelulusan dari universiti di tanah Arab dan ada juga yang dari universiti tempatan. Dengan tidak semena2    topik bekenaan isu kelulusan pendakwah agama menjadi hangat. Dr. tersebut memberitahu isi kelas yang dia kurang berkenan (atau dengan maksud lainnya kurang berminat) dan ragu2 dengan pendakwah agama yang tidak berkelulusan tinggi. Katanya lagi yang dia hairan serta pelik bagaimana seorang yang dilantik untuk memberikan fatwa, tetapi tiada ijazah dalam bidang tersebut.....


          Susah...memang susah untuk kita berbincang hal2 yang sedemikian...Pernah dulu ibu menasihatiku supaya jangan pandang siapa yang bercakap, tetapi dengarlah apa yang dicakapnya sekiranya percakapannya betul....Betul juga....Teringat dulu masa kat matrix ada belajar subjek Critical Thinking...Sir Abbas ex-Dean matrix yang ajar...topic "Fallacies" iaitu satu topik yg sangat menarik n kita boleh tahu tentang misconception (salah faham) that results from incorrect reasoning.....kiranya macam salah faham la....Under topic Fallacies ni ada macam2 tajuk dan yg sgt2 berkaitan dgn apa yg saya ceritakan tadi ialah 'Personal Attack'...Di mana orang akan merujuk kepada background orang yang bercakap untuk menolak apa yg disampaikannya...


          Kalau kita perhatikan, memang dunia sekarang isu tahap pendidikan dipandang tinggi. Seolah2 hanya orang yang berkelulusan universiti sahaja yang boleh bercakap itu dan ini. Apabila orang yang bukan lulusan universiti bercakap, seolah2 tidak diambil endah....Berlaku juga di kalangan rakan2 saya yang mempersoalkan tahap pendidikan seseorang apabila dia bercakap...Memang betul pandangan mereka...Tetapi jika dalam hal2 agama juga dipandang begitu bagaimana?...Ada juga yang lulusan Mesir tetapi apabila pulang ke tanah air, mereka masih lagi pergi menimba ilmu di pondok...
          Untuk bercakap asas2 fardu ain juga memerlukan ijazah untuk meyakinkan orang?...Tidak...kerana ilmu itu juga boleh dapat secara tidak langsung...melalui pembacaan atau masuk ke kelas2 fardu ain yg diadakan...atau juga mungkin juga melalui ceramah2 agama...Contohnya.......Apa bezanya pelajar pondok dan juga pelajar universiti walaupun jika kedua2 pelajar ini mengambil subjek yg sama di institusi masing?...Jawapannya ialah seorang pelajar akan dikurniakan ijazah sarjana dan seorang lagi dikurniakan sijil di institusinya...TAPI.......ilmu yg kedua-dua pelajar tadi adalah sama dan tiada bezanya....Janganlah isu tahap pendidikan diungkitkan sekiranya apa yg diutarakan oleh si penyampai adalah betul dan wajar...
Wallahualam....

.....Janganlah Pandang Pada Siapa Yang Bercakap...Tetapi Pandanglah Terhadap Apa Yang Disampaikan....

Sunday, August 1, 2010

Aku TerGoDa.....SaLaH SiaPa??.....

          Assalamualaikum.....entri kali ni kite still lagi nak cakap pasal ni...Walaupun untuk post yang lepas kite dah cakap pasal buang anak....haa....yang ni memang berkaitan sangat2 dengan kes buang anak....sebab kalau tak berlaku perkara ni memang kes buang anak atau kes2 yang sewaktu dengannya takkan berlaku......

          Di sini...bukan kite nak mencari kesalahan kedua2 belah pihak lelaki mahupun perempuan....Cuma untuk peringatan bersama, especially untuk kaum wanita yang seringkali 'tertipu' dengan godaan kaum lelaki...Banyak kes yang berlaku di kalangan kawan2 dan orang2 sekeliling kite, tapi maaflah, bukan untuk membuka aib atau pekung siapa2, hanya untuk dikongsi dan diambil iktibar....

          Secara umumnya dan juga secara psikologinya, wanita ini lebih lembut berbanding lelaki (except tomboy la)....tak payah tengok sudut dalaman la....tengok secara fizikal pun dah boleh tahu....contohnya....telapak tangan dan kulit....telapak tangan dan kulit wanita lebih halus berbanding lelaki....Wanita cepat tersentuh hatinya, mudah menangis dan lebih sensitif berbanding dengan kaum lelaki...Bila hati dah lembut, maka wanita tu cepat cair, apatah lagi bila disertai dengan godaan dan bisikan2 romantis dari sang jejaka......


         Bila dah cair dan terbuai2 hatinya, maka segala keinginan jejaka pun dituruti...Haa...bukan sahaja golongan remaja 'liar' saja yang terlanjur....malah ada juga dari kalangan pelajar2 sekolah, pelajar2 ipta....ada juga yang terdiri daripada wanita yang baik2 wanita yang solehah serta yang dari kalangan yang baik2...bila dah terlanjur, ada yang gugurkan kandungan dan ada juga yang melahirkan anak luar nikah.....

          Apa yang kite perhatikan la kan....masyarakat melayu kita ni terlalu anti dengan anak luar nikah...bermacam2 kata2 nista dan tuduhan dilemparkan kepada si anak dan ibu....Sepatutnya kita membimbing mereka dan juga memberi sokongan moral agar perkara sebegitu tidak berlaku lagi....Sepatutnya kita menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada mereka, barulah terbuka hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan....bukan dengan tindakan menyisihkan mereka....

          Kalau cakap pasal perempuan je nanti dah jadi gender bias pulak....ok...kite cakap pasal lelaki pulak....Selalunya, selepas apa yg berlaku, si lelaki akan melarikan diri...entah ceruk belukar mana yang dia masuk....sebab tak nak bertanggungjawab....so.....apa nak buat??...ikutkan pengalaman kite...kite ade nak kongsi sikit...

1. Jangan tunaikan permintaan yang bukan-bukan
          Kalau dah sampai minta benda yang pelik2 tu tak payah layan lah...dan kalau dia tu memang jenis yang suka minta benda yang pelik2..contohnya nak 'ringan-ringan' ke....tinggalkan je...sebab tu menunjukan yang dia bukan jenis lelaki yang baik..............

2. Kata-kata semanis madu, harga diriku yg kau mahu
          Wanita manalah yang tak cair dengan kata2 romantis jan janji2 manis yang ditabur....kononnya nak bertanggungjawab selepas itu...kononnya nak kahwin cepat2 selepas tu...dan jangan terkejut juga kalau ada yang buat alasan nak membuktikan kesucian cinta masing2....
          Memang indah didengar...memang terbuai perasaan...tetapi keindahan tu sementara sahaja...so...kena beringat dari awal...kalau yang jenis suka menabur janji2 manis tu...kena berjaga2 la...

3. Saling ingat-mengingati
          ha...part  ni la best...kalau agak2 lelaki tu dah terleka, mainkan peranan dengan nasihat dia...berikan teguran yang membina...teguran yang mampu buat dia berfikir baik dan buruk...ingat ye...teguran...bukan kritikan....

4. Belajar seni mempertahankan diri
          Perlu dan perlu sangat2.....sebab ada kes yang 'dipaksa'...so masa tu bolehlah kalau nak tunjuk skill flying kick atau apa jenis kick yang kamu belajar...bukan apa...sekarang ni golongan wanita banyak yang jadi mangsa.......

5. Lastly, berdoa.....dekatkan diri dengan-Nya....
          Berdoa supaya kita sentiasa terpelihara daripada kejahatan syaitan mahupun kejahatan manusia...doakan juga untuk semua agar sentiasa terpelihara dan berada dalam rahmat Allah...Dekatkan diri dengan-Nya..Insyaallah kita akan sentiasa terpelihara.....

   
          Jangan terlalu risau dengan lelaki..Kalau rasa2 tak sesuai kerana dia suka minta perkara yang bukan2...tinggalkan dia.....mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita...InsyaAllah, ada yang lebih baik menanti cuma masanya belum sampai lagi...Ingatlah...hidup kita bukanlah hanya semata2 mencari lelaki, mencari jodoh sehingga kita betul2 risau tentang itu....Itu semua urusan-Nya...ini kerana ada juga kawan2 kite yang terlampau risau sebab belum ada 'boyfriend' atau 'kekasih hati'......Tak payah risau...InsyaAllah...ada yang menanti, cuma masanya tak pasti lagi................(^_^)......

::::Wanita adalah fitnah dunia yang terbesar....Aku khuatir akulah diantara wanita fitnah dunia:::: 
-ANIS SHUHADA-









Saturday, July 31, 2010

BeRakHir sUdAH SaTu PenCariAn.....

          Yup....berakhir sudah satu pencarian....pencarian apa???....pencarian imam muda lerr....malam tadi secara live disiarkan kat Astro Oasis dan juga live streaming kat website astro oasis....kiranya penonton dari negara luar yg terpilih boleh tengok la...ada jgak wakil2 dari media antarabangsa yang hadir masa malam Kemuncak Imam Muda......
          
          Ni dia 2 orang finalis malam tadi...iaitu IM Asyraf dan IM Hizbur....secara keseluruhannya kedua2nya punyai bakat dan kelebihan masing2....tapi...........kite sangat2 tabik spring kat IM Asyraf sebab jadi imam n solat kat gelanggang futsal.....yang lagi buat kite tabik ialah ayahanda IM Asyraf turut serta!!!....bagussssnyee.....kiranya apa yang IM Asyraf buat tu memang satu kelainan la...sebab kalau xsilap kite la kan.....belum pernah lagi orang solat kat gelanggang futsal........

          Kan2????...Actually kite dah agak dah IM Asyraf menang....sebabnya dia tu nampak lebih fleksibel dan bersahaja.....bukan kite nak kata IM Hizbur tu xhebat....die hebat....sama2 hebat.....tapikalau nak mendekati anak2 muda n selari dengan arus dunia sekarang.......perlukan seseorang yang fleksibel......
  
          Ni pendapat peribadi kitela......kan2??....hehe.......tapi cuba fikir secara rasional dan logik akal....memang ada betulnya pun........




          Last word dari kite...................................... 
.:::: Di sebalik kejayaan seorang lelaki.......Berdirinya seorang perempuan dibelakangnya ::::.




Sunday, July 11, 2010

AnaKKu aNaKnYa jUa..........

          Untuk Post kali ni....kite nak cakap pasal anak......semua orang tau yang anak tu anugerah Allah yang tak ternilai....xboleh nak beli dengan wang ringgit.....bukan sahaja ringgit, malahan matawang lain pun....baik Dollar...Rupiah...mahupun Dinar...xboleh nak beli satu nyawa.....Tapikan....tengoklah......nak sekarang macam dah xde nilai.....dibuang je merata2....atau boleh tak kite nak cakap actually mak ayah yg buang anak tu yang tak bernilai sebenarnya...........
          Yela...bercinta...memang semuanya indah.......bukan xboleh nak bercinta......bercinta la.......xde orang nak halang or sekat pun........tapi jangan sampai cinta tu jadi beban n bala kat orang lain........Bercinta sampai zina...n tiba2 boleh ade anak dalam perut......ade yang nak gugurkan...tapi jaga2 lah.....tu pun dah dikira membunuh taw.....

          Xkisahlah seberapa kecil atau besarnya saiz orangnye....tapi....mengambil nyawa tanpa kerelaan orang tu sendiri dah dikira membunuh............semua orang tahu yang hukum membunuh tu berdosa kan2????.....satu kelemahan manusia adalah apabila dia menerima tekanan atau masalah.....dia sering mengambil jalan yang paling cepat n mudah untuk segera keluar dari masalah tu......tanpa memikirkan kesan jangka panjang untuk setiap tindakan yang dia lakukan.........huhuhuhuhu....ni atas pemerhatian kite sendiri la.......


          Ade jugak yang xsempat nak gugurkan....mungkin atas sebab kandungan dia dah lebih dari 5 bulan atau dia xnak ambik risiko untuk mati hanya kerana nak gugurkan kandungan......jadi....bila dah selamat bersalin....maka dibuangnya anak itu.........nak buang pun agak2 la kan........kalau xnak sangat pun......letakla kat tempat yang boleh orang jumpa.....ada kes kat Melaka yang extreme....depa p bakaq anak tu dalam tong sampah.....alahaiiii....hina sangat ke anak tu????.......anak tu lahir pun atas perilaku ayah n ibu dia jugak......


          Tak kurang juga.....ada yang dah insaf....n xnak gugurkan atau buang anak tu sebab xnak melakukan kesalahan yang betimpa2.......baguslah....Alhamdulillah........


          Sooo......kita nak salahkan siapa?????.....Ayahnya yang gatal sangat atau ibunya yang nak membuktikan nilai cinta kat si ayah???....(maksud di sini ayah n ibu bayi......dorang yg xkahwin lagi...)...........tapi jawapan yang kite dapat ialah......kenalah ada batas.......dalam semua yang kita buat mesti ada batas..........dan....saling ingat-mengingati..........dan....kalau susah sangatlah......bayangkan je yang kita ni hidup ibarat dalam botol kaca yang lutsinar........setiap yang kita buat, mahupun yang terdetik kat hati...ada saja yang memerhatikan kita.............


          Sedangkan haiwan yang xdikurniakan akal pun tahu jaga anak......contohla macam lembu kat atas ni.....Setahu kite la kan.....sepanjang kite hidup ni...selama 22 tahun ni....kite xpernah la dengar lagi kambing buang anak ke....kucing buang anak ke......huhuhu...kes orang buang kucing banyakla.......Tu la.....binatang yang xberakal pun boleh jaga anak n xbuang anak merata2.......Inikan pulak manusia....manusia yang dah diciptakan sebaik2 kejadian...........ada akal untuk berfikir baik dan buruk......



         Adela kite nak share sikit ni.......nak tau x?????....
1. Wanita yang hamil sentiasa didoakan oleh para malaikat/
2. 2 rakaat solat yang wanita hamil dirikan adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil...
3.Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa,,,,setiap kesakitan pada tiap satu uratnya akan diberikan satu pahala haji......
4. Sekiranya seorang wanita meninggal dalam tempoh 40 hari selepas bersalin....ianya dianggap mati syahid.....


          Tu je la sedikit sebanyak yang boleh kite kongsi.......ade juga yang kite bagi pandangan sendiri.....artikel ni 100% la kite yang buat taw...bukan di copy-paste dari website lain.....ade juga kite tulis berdasarkan bacaan dulu.........OoOwaiitt.......BYE2.....Assalamualaikum......(^_^).....
         








Saturday, July 10, 2010

MaLuKah Aku PaDa-NYA??????.......

          Assalamualaikum semua........hai...apa khabar.......tadi kite belek2 inbox fon kite....niat nak delete mane2 message yang tak begitu penting......nak delete message yang menyakitkan hati ke....huhuhuhu....ada ke message yang orang hantar sampai menyakitkan hati????.......harap2 takla kan........mase dalam proses nak delete tu .....adela kite terbaca satu message ni yang dihantar oleh seorang kawan.....n kite rasa nak kongsi........thanks la untuk kawan tu........rasa kecik je kite rasa dengan dia tu.....yela......orang banyak ilmu agama kan......kite ni ilmu sikit je............ok2....jom kite tengok apa message yang kawan kite bagi tuuu.........

Teman, Rasulullah saw menasihati kita,
"malulah kalian kepada Allah dgn sebenar2nya.."
Malu kerana banyak mengenal petunjuk Allah, tp banyak petunjuknya yg tidak kita gunakan..
Malu kerana kita berulangkali lalai dr Allah..
Berulangkali mandahulukan nafsu dari petunjuk..
Berulangkali mengutamakan dunia daripada akhirat..
Berulangkali mementingkan makhluk daripada Al-Khaliq..
Ucapkanlah istighfar wahai saudaraku...
Agar kita bisa menggapai CintaNYA.

          Erm.........lepas baca kan......kite rasa macam banyak je yang kurang kat kite ni.........memang banyak kurang pun..........okla....nanti sambung post lain pulak ye....bye2......Assalamualaikum.......

JoM BeRiMaM MuDa.......

          Ni dah masuk minggu ke 7 dah untuk Imam Muda musim 1...tapi kite baru berkesempatan nak post pasal calon2 Imam Muda nie......Jom.......kite berkenalan......tau sikit2 sudahla taw....jangan tau detail2 sangat...sebab ade yang dah jadi suami orang.......bahaye pulak nanti......huhuhuhhuhu...........
     ASYRAF
NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya
  ARAN
NAMA PENUH: AHMAD HAZRAN BIN AHMAD KAMAL
ASAL: Mantin, Negeri Sembilan
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 28 November 1984
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Pegawai Bank Islam, Bahagian Jabatan Syariah Bukit Damansara, Kl
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Al-Quran
Wa Qiraat, Universiti Al-Azhar Mesir

 HIZBUR
NAMA PENUH: HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI
ASAL: Baling, Kedah
UMUR: 27 Tahun
TARIKH LAHIR: 01 April 1983
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Guru Tahfiz
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir),Universiti Al-Azhar Mesir

 TAUFEK
NAMA PENUH: MOHD TAUFEK BIN MOHD NOH
ASAL: Mersing, Johor
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 14 Julai 1983
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Perunding Motivasi
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam),Universiti Teknologi Malaysia

 NURI
NAMA PENUH: NURI ALI BIN ARBA'IN
ASAL: Karak, Pahang
UMUR: 25 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Oktober 1985
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Penternak
PENDIDIKAN TERTINGGI: Diploma Kejuruteraan
Teknologi Komputer,Pusat Kemahiran Pembangunan
Kemahiran Pahang

 AZHAR
NAMA PENUH: MUHAMMAD KHAIRUL AZHAR BIN GHAZALI
ASAL: Padang Serai,Kedah
UMUR: 21 TAHUN
TARIKH LAHIR: 12 September 1989
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Mahasiswa
PENDIDIKAN TERTINGGI: Pengajian Islam Zawiyah
(Pondok)(Sedang Belajar),Madrasah Zuhdiah Parit
Panjang, Baling, Kedah

 ADIB
NAMA PENUH: NIK MUHAMMAD ADIB BIN MD AMIN
ASAL: Kota Baharu, Kelantan
UMUR: 22 Tahun
TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1988
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Usahawan
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Usuluddin,
Universiti Muta'ah, Jordan

MIRIL
NAMA PENUH: AMIRIL BIN MD BANIN
ASAL: Kuala Lumpur
UMUR: 25 Tahun
TARIKH LAHIR: 21 Februari 1985
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Guru Fardhu Ain
PENDIDIKAN TERTINGGI: Robi Thanawi (Sijil Menengah
Agama), Sekolah Menengah Agama Al-Falah , Parit Tok Ngah, Perak

 SYAKIR
NAMA PENUH: AHMAD SYAKIR BIN ZAMRI
ASAL: Machang, Kelantan
UMUR: 19 Tahun
TARIKH LAHIR: 10 November 1991
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Pelajar
PENDIDIKAN TERTINGGI: STPM,SMK (A) Wataniah, Machang, Kelantan

 ABE SYARA
NAMA PENUH: SHARAFUDDIN BIN SUAUT
ASAL: Miri, Sarawak
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 01 Julai 1984
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Graduan UKM
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia

          Haaaa.....kan3????.....kite dah cakap dah tadi...tau sikit2 pun kira ok jugak tuuu......sebab ade 3 suami orang dalam ni......nak minat2 lebih2 pun xbolehla.........huhuhuhu........ape2 pun.......semua ni kira hebat2 orangnya......program ni pun kite rasa bagusss sangat2 sebab untuk melahirkan imam dan pemimpin yang fleksibel....bila dah fleksibel...pemikiran pun sejajar dengan arus dunia sekarang..bukan sahaja boleh cakap pasal agama.....pasal lain2 pun kena master jugak...xla orang pandang rendah kat orang Islam...........Kalau imam tu terlalu typical.....susahla nak tarik perhatian muda mudi sekarang.............

Thursday, July 8, 2010

HaTi mAnUsiA cUmA SATU......

          Ooohhh......kenapa ye tajuk macam yang kat atas ni???....sebab aritu kite tertengok melodi...ada cerita pasal seorang artis ni...ex-nasyid....dalam kes tu ada la sebut pasal seorang wanita ni yang mengaku isteri ke2 artis ni...dia cakap yang bekas penyanyi nasyid ni ada mintak dia duit n ntah ape2 lagi la masalah die....sooooo...kite macam curious la nak tau sapela gerangan bekas penyanyi nasyid tersebut...Google punya Google....las2t...haaa!!!..kite dah jumpa dah n tau la serba sedikit kisahnya....tapi kalau siapa2 yg dengar kat melodi tu memang akan totally blame bekas penyanyi nasyid ni....Janganla buat macamtu,,,kesian kat die.....ape2 pun kite kenalah dengar dulu penjelasan kedua2 pihak....jangan dengar sebelah pihak je taw.....
          Kesianla kat wife 1st dia...baru umur 27 tahun.......ex-nasyid tu dah dihasut dgn wife kedua dia....sampai bercerai dgn wife 1st die....wife 2nd dia tu baru umur 22...pandai2 je nak hasut n aniaya orang yg lagi tua...ish3......ntahla...xtau nak komen apa....tapi...yang kite tau la kan.....xbest la nak bina masjid atas tapak runtuhan masjid orang......tanah lain banyak lagi.......xpasal2 dapat dosa kering kan......aiissshhh.....dalam niat dia yang terlalu nak jadi wife seorang artis....sebenarnya banyak kesalahan yang dia dah lakukan....
1. Kacau suami orang...sedangkan kalau kacau tunang orang pun dah berdosa....
2. Hasut seorang suami supaya berpisah dgn isteri dia......
3. Hancurkan rumahtangga orang....
4. Last2...fitnah n buka aib suami sendiri kat khalayak ramai......
          Urm...kite bukan nak analysis atau judge orang....tapi itu untuk renungan semua la kan.....
.bagi kite....kahwin tu bukan untuk sehari dua.....tapi untuk sepanjang hayat.....kalau boleh, biarlah dengan cara yang betul....yang paling penting sekali diredhai.........kahwin bukan setakat sarung cincin n untuk berseronok je.......banyak lagi tanggungjawab dan amanah yang menanti apabila bergelar isteri atau suami......


          Bila cakap hal ni.....mesti timbul soal hati n perasaan....perasaan apa ye???.....CINTA eh??......ntahla...kite pun xbrapa pastila....sebab memang zero dalam bab2 ni....tapi.....yang kite tau la kan.....CINTA tu adalah satu perasaan untuk memiliki dan saling menyayangi.........kena bezakan la antara CINTA dan NAFSU........sebab kadang2 kedua2nya nampak macam sama ja.....tapi yang paling senang nak beza.....CINTA tu membawa kepada kebaikan n buatkan kita rasa dekat dengan tuhan......NAFSU pulak sering melalaikan n membawa manusia jauh dari tuhan .....nafsu jugak sering diiringi dengan bisikan syaitan.................Tapi kan......kalau sayang sangat sampai sanggup bagi semua benda n tergadai maruah.....tuuu......bukan cinta dah tu.....tu nafsu..............


          Uuuurrmmmm.....ok.....macam biasa la kan...kite nak tinggalkan dengan satu hadis...tapi...ade lagi la kite nak cakap pasal hadis ni....xpela...nanti kite bukak post baru guna hadis ni lagi.....

:::Cintailah
orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak
dia menjadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sewajarnya, kerana boleh jadi
suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai::: 

-Riwayat al-Bukhari, Abu Daud,
Al-Tirmizi dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah-





Monday, July 5, 2010

Tanyalah Ustaz-summarizing-

          Hari tu tengok talk tanyalah ustaz kat tv9......tajuknya pasal alam jin....rupanya menurut ustaz tersebut alam jin telah wujud 2000 tahun sebelum manusia....ada juga riwayat yang kata alam jin wujud 5000 tahun sebelum manusia diciptakan....bayangkan....5000 tahun????.....maknanya alam jin tu lebih maju lagi la dari alam manusia???......urmmm......Ustaz tu pun ada sebut pasal seorang sahabat yang dibawa ke alam jin kerana membunuh jin yang menyerupai ular masuk ke dalam rumahnya.....sahabat itu dihadapkan ke mahkamah jin tetapi kemudian dibebaskan kerana alasannya kukuh...yela...ular masuk rumah, comfirm2 la kite bunuh sebab ular tu kan bahaya...kalau tahu jin....comfirm2 la kite pun xnak bunuh kan......
          Pastu ustaz tu ada cerita lagi pasal kecurian harta zakat yang berupa buah tamar....Saidina Abu Bakar yang jaga amanah untuk harta zakat tu...Abu Bakar pelik bila mendapati semakin lama semakin berkurangan buah tamar yang disimpan....suatu hari Saidina Abu Bakar mengintip kat bilik simpanan buah tamar n dapati ada satu makhluk yang makan buah tamar...bila Saidina Abu Bakar tangkap n nak bawak makhluk tu jumpa Rasulullah, makhluk tu minta belas kasihan n janji xnak buat lg....Saidina Abu Bakar pun lepaskan...tapi bila dah berkali2 makhluk tu dok curi makan lagi Saidina Abu Bakar nekad nak bawak makhluk tu jugak...tapi makhluk tu minta dilepaskan n bagi satu ayat kat Saidina Abu Bakar....Makhluk tu cakap kalau baca ayat ni, makhluk tu xkan ganggu lagi....Saidina Abu Bakar tanya Rasulullah pasal ayat tu......Rasulullah cakap makhluk tu ialah Iblis....ayat yang Iblis bagi kat Saidina Abu Bakar tu ialah Ayatul Qursi....and...Surprisingly.....Rasulullah bgtau yang Iblis bercakap benar tentang ayat tu.......
          Tu la sedikit sebanyak yang boleh kite kongsi...Haaahhh...ada lagi...ustaz tu ada lagi bgtau tanda2 gangguan jin ni...rupa2nya mimpi pun boleh........erm.....
tanda2nya.....
1. Mimpi bayi....lagi2 kalau mimpi susukan bayi tu.....
2. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi....
3. Mimpi2 yang menakutkan...macam mimpi hantu ke...mimpi kena bunuh ke....
4. Mimpi ular hitam...

Ada juga tanda2 yang jin ni ada dekat2 dgn kita....
1. Rasa berdebar-debar dengan tiba-tiba
2. Bulu tengkuk meremang dengan tiba-tiba....

Ok...itu je yang kite nak kongsi....untuk ingatan sendiri juga....sebab kalau kite tulis, kite akan lagi ingat kan....hehehe....ooowaiit.....BYE2.......Assalamualaikum.......






Saturday, July 3, 2010

mOdEraTe VERSUS exTreMiST

Moderate: average,medium...to make or become less excessive....
Extremist: a person who favours excessive or fanatical methods....
           Haaa....ni la maksud2 bagi tajuk kita hari ini ye....ehehe....oh ya....maksud tu kite rujuk kat kamus readers digest..(sebab tu satu2 nya kamus yang kite guna kat rumah).....in other word la kan...extremist tu sama macam fanatic la.....soo....jom kita kupas topik hari ini ye.....tapi yang ni dari sudut pandangan n pemikiran kite sendiri taw.............
          Extremist.....maksud dalam Kamus Dwibahasa Oxford adalah pelampau....(macam sedikit kasar)...tp xpelah...kite ganti dengan ayat yang lain iaitu fanatik.....fanatik dalam apa jua bidang atau fahaman dan mungkin juga minat....
          Moderate......atau maksud dalam bahasa Melayu adalah sederhana....sama seperti di atas...sederhana juga boleh terjadi dalam apajua bentuk samada fahaman, bidang mahupun minat dan cara hidup....
          Bagus juga kalau jadi seorang yang extremist....itu menunjukkan yang kita betul2 minat dan betul2 komited.....tapi bahayanya extremist adalah kerana terlalu taksub dan fanatik sangat terhadap sesuatu perkara...Jika perkara yang dipegangnya itu betul xpela...tapi kalau salah macam mana?????....contoh pun banyak sangat....contoh yang paling dekat ialah taksub terhadap ajaran sesat...macam Ayah Pin dan ajaran Kahar...
          Moderate......erm...kite lagi prefer moderate la...sederhana dalam apa jua perkara...sebab...kadang2 manusia cenderung menzahirkan apa yang terbaik sahaja untuk tatapan orang...padahal apa yang dia zahirkan tu bukanlah dirinya yang sebenar......erm...nak cakap macam mane ye???....seolah2 macam cakap xserupa bikin la.....cakap perkara yang bertentangan dengan apa yang dia buat........erm...ada jugak yang bergaul bebas sesama rakan....(jenis2 suka bersosial).....tapi bercakap tentang lelaki idaman yang soleh......xpela...mungkin dia ada niat untuk berubah...Amiiinn....
          Honestly...kite pun suka tengok orang yang sederhana....nak tau x ciri2 yang kite suka tengok???...ni apply untuk dua2 la...lelaki n perempuan.......
-Dia alim tapi dia tidak menunjukkan sifat alimnya untuk tatapan manusia....jauh sekali untuk menunjuk2....
-Dia bijak tetapi tidak pernah menunjukkan kebijaksanaannya...dia sentiasa rasa ada yang lebih bijak darinya...
-Dia cantik/hensem tetapi tidak pernah menyedari kecantikannya...bahkan bukan juga seorang yang perasan lawa....  
-Dia kaya tapi xmeninggi diri dan bongkak....
-Walaupun dia miskin dan serba kekurangan...dia bersyukur dengan apa yang ada...dia menghargai setiap manusia yang berada di sampingnya....
-Lelaki yang tidak menganiaya wanita.......

          Urm.......banyaknye.....hihihihiih.....xla....salah satu la di antara yang ada kat atas ni.....kalau dapat tengok n dapat kawan dengan orang2 yang macam ni...memang seribu rahmat la.....n...kalau nak kawan tu ikhlas.....bukan sebab paras rupa, harta mahupun status.....hihihi...dah menyimpang dah ni....ok2....last2...kite nak tinggalkan dengan satu hadis..... ada kena mengena jgak dengan topik ni....Hadis ni pasal keseimbangan.....dunia nak....akhirat pun nak...xberat sebelah atau pentingkan salah satu........kira moderate jugakla ni kan3??.........

           "Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meninggalka dunia kerana akhiratnya."  -Riwayat Al-Khatib-

 
         

Friday, July 2, 2010

TIMA KASIH Makcik Rose.....(^_^)....

          Hihihi.....habisla BM....ni kalau dengan cikgu Suzana ni....comfirm2 kite dah kene cubit spring dah ni.....hehehe....eja terima kasih pun xbetul dah ni......tu la.....cikgu ajar saya mase form 5 je, dahh lame cikgu xajar jadi macam ni le......huhuhu....Makcik Rose tu.....orang yang paling rapat n paling dekat dgn hati kite.....kalau orang time2 umur sekarang ni dok mengaku BF dorang yang paling dorang sayang n paling dekat dgn hati dorang....ecehhh....tapi kite x......makcik Rose tetap yang teratas...n xkan tergugat.........(^_^).....
          Sangat2 bersyukur dikurnaikan seorang ibu yang diberi nama pena makcik Rose......of course....umur muda2 macam ni memang nak seronok....semua benda nak cuba....tapi makcik Rose berjaya buat anak dia xinginkan benda2 macam tu.....Alhamdulillah....Kalau dulu kawan2 bebas keluar rumah....kite terperap je dalam rumah.....kawan2 bebas bergaul dengan lelaki....kite xdiberi permission langsung nak rapat dgn mana2 lelaki....kawan2boleh buat apa saja yang dorang suka....kite plak kena mintak permission untuk setiap perilaku.....Bila dah besar baru fikir kenapa mama n papa buat macam tu....banyaknya kebaikan...n of course....i akan implement benda ni untuk anak2 i nanti.....heheheheh....InsyaAllah.......


          Makcik Rose la kawan, pendengar terbaik dan juga merangkap penasihat kite....huhuhu......nasihat n pandangan orang tua ni selalunya benar n baik....nasihat orang tua adalah berdasarkan pengalaman....nasihat rakan sebaya banyak yang ikut emosi..... pernah ada satu hari kawan mama dok tanya2 n xpercaya kite ni xde yang special lg....pastu dia tanya satu soalan yang bunyi macam menyergah pun ade jgak...hehehe...
"Ni Anis cakap betul2....Anis ni siapa punya ni???"....cik Sanah bersuara.....
"Ooh...Anis ni Mama punya lah...." hihihih.....sempat lg ak buat lawak...padahal nak mengelak sebenarnya...hehehe...rimas orang2 tanya soalan2 macam tu.....bukan xsuka....tapi biar je takdir n masa yang tentukan...kan3?????...........(^_^)........


Wednesday, June 30, 2010

8 jam yang memenatkan.....

      Al-kisahnya begini.....semalam keta mama accident...acik bawak, tapi orang la yg langgar dari blakang...pastu nak kena masuk bengkel n claim insuran...tau2je la kalau claim insuran mesti lama punya....nanti nak antar adik2 p skolah macam mana plak...nak beli barang2 dapur....kalau ada apa2 emergency...macam mana???....adoii...penat pk...last2 acik cadangkan ambik keta yg aizat pakai....tapi aizatnya nun jauh di Perlis sana tuu.....huhuhu...
      So dalam pukul 8 malam tu dah bertolak dari rumah....sampai kat Kangar pukul 11.30 malam...xsempat nak sembang2 pun dgn aizat sebab nak kena kejar masa...sebab esoknya acik nak balik kl n yg lain2 nak sekolah...Si Aizat pulak busy dgn orentasi budak2 baru...hehehehe...masa sampai kat depan hostel bdk2 laki adela dengar suara budak2 laki dok terpekik2 jerit2....bila tanya Aizat, rupa2nya depa dok kena ragging...sebab sumbat sampah dalam ekzos moto salah sorang exco badan perwakilan pelajar (bpp)..apa lagi...hanginla die tuu....hihihihihi....jumpe jap je...sbb aizat nak kena join bpp yg lain.....hihihihihi....bgus2....blajar jadi pemimpin....
      Lepas ambik keta, terus balik Taiping....xdapatla nak menikmati keindahan sawah kat perlis tuu.....sebab sampai pun malam dah....gelap dah......xnampakla pokok padi yg hijau2...nampak semua hitam je....huhuhuhu....tapi kite lalu kat kawasan nie....kat perlis la....xingat area mane......ada satu skolah ni...meriah je nampak dengan lampu2...seronok plak tengok sebab mase pandang kat bangunan sekolah tuu....tibe2 kite teringatla plak zaman2 kat skolah menengah dulu...ehehe...macam tayangan video la plak dok terbayang2 nie...........nama skolah tu.........Smk Syed Alwi kalau xsilap.........urm....xpela...xpayahla nak tau detail sangat2 pasal skolah tu kan3??...hihihihhi.....Oh yee...sampai umah pukul 3.30 pagi......kite yg drive....acu dgn imer dah selamat tido mase kat kedah lagi.........bestla dorang...bukak2 mata je dah sampai kat pintu rumah.....aaiiisssshhhhh.......

Sunday, June 27, 2010

Ayat-Ayat Cinta.....hehe...

::::Sesungguhnya
malaikat Jibril itu diutuskan utk menyempurnakan hajat manusia..Apabila
seseorang kafir itu memohon, Allah memerintahkan Jibril agar menunaikan
hajatnya kerana Allah benci m'dgr katanya..Dan apabila seorg hamba yg
muslim,yg dikasihi memohon,Allah memerintahkan kpd Jibril agar
...menahan,menangguhkan & jgn dismpurnakan dgn cpt hajatnya krn ALLAH
AMAT RINDU mdgr suaranya..:::: -credits to Facebook Src iium-

      Urm....sukanye kite dengar ayat ni....bagusla ayat ni...boleh elakkan orang putus harapan n terus-terusan berdoa n meminta....bagussssnyee....Ya Allah....sukanye kite dgr ayat nie....thanks pada sapa yang post.........(^_^)...

Saturday, June 26, 2010

IAmAnisShuhada

          Ya..itu dia namaku...ecehh...bukan nak market...tapi memang nama yg telah diberikan sejak lahir lagi...sebagai manusia biasa...kadang2 kite pn xterlepas dari kekurangan masing2...jom tengok apakah kekurangan kite...mehh....

1. Yang paling utama..kite xsuka orang tunggu kite..contohnya menunggu  kite bersiap g class..(sbb tu suka g class sorang2..di samping dapat menenangkan fikiranku ini...ecehh)...so...bila dh tau orang menunggu, kite akan siap cepat2..n kalau cepat2 ni...memang comfirm2 ada je benda yg tertinggal!!!...aiisshh.....


2. Kelemahanku yang kedua ialah.....menipu....urm....sebab xdiajar menipu kan...so..bila orang cakap tipu2 ni rasa macam xbestla...orang cakap betul2...dia boleh cakap tipu2 plak.....kan3???.....hehehe....


3. Cakap putar belit....aiyoooooo....berapa kali mau cakap...straight to the point...dont go around the bush....aaiisshh....semalam cakap lain, arini cakap lain plak...nak tau x....senang je nak berdepan dgn orang2 macam nie...bak kata orang tua2..."Dengar boleh, percaya jangan"...ehehehe...jahat la plak...


4. Kite susah nak marah....nak tau kite marah camane???...kalau kite diam tu...bukan tandanya setuju...ehehe..tu tandanya...erm...marahla tu kot...hehehe...tapi once dah marah......lambat skit nak sejuk....tu yang masalah tu....urmmm.......


      Oklah...tu la sedikit sebanyak yang boleh share...kalau cakap pasal benda ni.....sampai esok pun xabis2 lagi...kan3???.....hehe.....

Wednesday, June 16, 2010

Taiping Bandar Warisan.....

     Paling suka sekali pemandangan kat Taman Tasik...cantik!!!....Tau x ni??...scene dalam filem Sepi.....yang part Eja duk duduk kat bangku.....Yess!!!...ingat pun....(untuk sape yg pernah tengok Sepi je.....).......
Yang paling uniknya dahan pokok ni menjalar cari air....n please!!!....ni gambar yg diambik sendiri...bknnye di-copy n paste dari website lain.....
Oh yaa...kecik2 dulu main gelongsor batu tu la...licin ooh...


Tasik...


Ha...pokok ni laa....yg dahan menjalar cari air tu....

Next....kat muzium plak...urm...actually banyak je benda...dah nama pun muzium kan....mesti banyak benda yg ada sentimental value....urm...antara barang yang agak baru dalam muzium tu...basikal yang digunakan masa perarakan 31 Ogos....tp xingatla tahun berapa......xpe2 nanti boleh tanya pakcik muzium tu lagi....ehehehe....


Ala....kalau 10 org kayuh pun belum tentu basikal ni bergerak....
Sebab semua rantai basikal dah dicabut.....huhu....

Monday, June 14, 2010

Assalamualaikum.................
Lama xpost......lama sangat..........
I've discover a new hobby.....
Jeng3.......
Photography..........
phew......
mula2 xsuka sgt2 bab2 ni.....sebab tengok acu snap gambar....
macam2 style.....
tapi setelah explore sendiri kamera DSLR....n dapat shot yg betul2 cantik....
dah jadi gian plak nak pegang kamera.....hehhee.....

                                                        Model.....kui3......


                                           Pemandangan bandar Taiping dari atas bukit.....

Sekian sahaja....(^_^)....

Friday, February 26, 2010

Lamenyer...

Lame la xpost....
Nant yerp!!..