Friday, October 8, 2010

.....BiDaDaRi Syurga......

          Haaa...Entri kali ini nak cerita kisah Bidadari pulak....Tiba2 rasa terpanggil untuk menulis...Tangan ni pun dengan lajunya menaip....teruja lah katakan.....(^_^)...Kite ada juga Google pasal Bidadari ni...tapi semua cerita tu seakan2 sama je...macam artikel yg copy-paste je dari blog2 orang lain....Tapi kali ni kite nak kongsi cerita yang lain sikit...kiranya versi lain la....


          Bidadari merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t...Umum diketahui yang kecantikan bidadari ni tidak terjangkau oleh imaginasi manusia. Kecantikan dan juga kelembutan Bidadari mengatasi wanita2 di dunia......Allah menyebut mereka dengan panggilan "hur al-ain" yg bermaksud wanita yg berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yg sangat hitam seperti mata rusa yang sangat cantik.
          Dalam hadis al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Andai seorang wanita syurga menampilkan diri kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuhlah apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."
          Bidadari merupakan makhluk perindu. Mereka sentiasa merindui suami-suami mereka. Suami yang Allah ciptakan untuk mereka. Mereka akan duduk sambil mengalunkan suara merdu dan bernyanyi-nyanyi tanda mereka amat merindui suami-suami mereka. Suami-suami kepada para bidadari adalah lelaki-lelaki soleh yang sentiasa mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Mahar atau mas kahwin untuk bidadari hanyalah "panjang bertahajud"...Apabila suami mereka di dunia melakukan solat malam atau bertahajud, bidadari akan turun dan mengintip suaminya yang berada di dunia.


          Bidadari akan marah apabila melihat suami mereka disakiti oleh isteri-isteri di dunia. 
Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dalam kalangan bidadari berkata, 'Celakalah engkau, ia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi ia akan segera berpindah kepada kami."


          Keyakinan kepada bidadari membuatkan lelaki menundukkan pandangannya daripada aurat wanita di dunia. Ini kerana, apabila sedetik kita menurut kemahuan nafsu di dunia, dapat menghapuskan kenikmatan dalam syurga....Wallahualam....

*Credits to Solusi isu no 24...