Sunday, August 1, 2010

Aku TerGoDa.....SaLaH SiaPa??.....

          Assalamualaikum.....entri kali ni kite still lagi nak cakap pasal ni...Walaupun untuk post yang lepas kite dah cakap pasal buang anak....haa....yang ni memang berkaitan sangat2 dengan kes buang anak....sebab kalau tak berlaku perkara ni memang kes buang anak atau kes2 yang sewaktu dengannya takkan berlaku......

          Di sini...bukan kite nak mencari kesalahan kedua2 belah pihak lelaki mahupun perempuan....Cuma untuk peringatan bersama, especially untuk kaum wanita yang seringkali 'tertipu' dengan godaan kaum lelaki...Banyak kes yang berlaku di kalangan kawan2 dan orang2 sekeliling kite, tapi maaflah, bukan untuk membuka aib atau pekung siapa2, hanya untuk dikongsi dan diambil iktibar....

          Secara umumnya dan juga secara psikologinya, wanita ini lebih lembut berbanding lelaki (except tomboy la)....tak payah tengok sudut dalaman la....tengok secara fizikal pun dah boleh tahu....contohnya....telapak tangan dan kulit....telapak tangan dan kulit wanita lebih halus berbanding lelaki....Wanita cepat tersentuh hatinya, mudah menangis dan lebih sensitif berbanding dengan kaum lelaki...Bila hati dah lembut, maka wanita tu cepat cair, apatah lagi bila disertai dengan godaan dan bisikan2 romantis dari sang jejaka......


         Bila dah cair dan terbuai2 hatinya, maka segala keinginan jejaka pun dituruti...Haa...bukan sahaja golongan remaja 'liar' saja yang terlanjur....malah ada juga dari kalangan pelajar2 sekolah, pelajar2 ipta....ada juga yang terdiri daripada wanita yang baik2 wanita yang solehah serta yang dari kalangan yang baik2...bila dah terlanjur, ada yang gugurkan kandungan dan ada juga yang melahirkan anak luar nikah.....

          Apa yang kite perhatikan la kan....masyarakat melayu kita ni terlalu anti dengan anak luar nikah...bermacam2 kata2 nista dan tuduhan dilemparkan kepada si anak dan ibu....Sepatutnya kita membimbing mereka dan juga memberi sokongan moral agar perkara sebegitu tidak berlaku lagi....Sepatutnya kita menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada mereka, barulah terbuka hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan....bukan dengan tindakan menyisihkan mereka....

          Kalau cakap pasal perempuan je nanti dah jadi gender bias pulak....ok...kite cakap pasal lelaki pulak....Selalunya, selepas apa yg berlaku, si lelaki akan melarikan diri...entah ceruk belukar mana yang dia masuk....sebab tak nak bertanggungjawab....so.....apa nak buat??...ikutkan pengalaman kite...kite ade nak kongsi sikit...

1. Jangan tunaikan permintaan yang bukan-bukan
          Kalau dah sampai minta benda yang pelik2 tu tak payah layan lah...dan kalau dia tu memang jenis yang suka minta benda yang pelik2..contohnya nak 'ringan-ringan' ke....tinggalkan je...sebab tu menunjukan yang dia bukan jenis lelaki yang baik..............

2. Kata-kata semanis madu, harga diriku yg kau mahu
          Wanita manalah yang tak cair dengan kata2 romantis jan janji2 manis yang ditabur....kononnya nak bertanggungjawab selepas itu...kononnya nak kahwin cepat2 selepas tu...dan jangan terkejut juga kalau ada yang buat alasan nak membuktikan kesucian cinta masing2....
          Memang indah didengar...memang terbuai perasaan...tetapi keindahan tu sementara sahaja...so...kena beringat dari awal...kalau yang jenis suka menabur janji2 manis tu...kena berjaga2 la...

3. Saling ingat-mengingati
          ha...part  ni la best...kalau agak2 lelaki tu dah terleka, mainkan peranan dengan nasihat dia...berikan teguran yang membina...teguran yang mampu buat dia berfikir baik dan buruk...ingat ye...teguran...bukan kritikan....

4. Belajar seni mempertahankan diri
          Perlu dan perlu sangat2.....sebab ada kes yang 'dipaksa'...so masa tu bolehlah kalau nak tunjuk skill flying kick atau apa jenis kick yang kamu belajar...bukan apa...sekarang ni golongan wanita banyak yang jadi mangsa.......

5. Lastly, berdoa.....dekatkan diri dengan-Nya....
          Berdoa supaya kita sentiasa terpelihara daripada kejahatan syaitan mahupun kejahatan manusia...doakan juga untuk semua agar sentiasa terpelihara dan berada dalam rahmat Allah...Dekatkan diri dengan-Nya..Insyaallah kita akan sentiasa terpelihara.....

   
          Jangan terlalu risau dengan lelaki..Kalau rasa2 tak sesuai kerana dia suka minta perkara yang bukan2...tinggalkan dia.....mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita...InsyaAllah, ada yang lebih baik menanti cuma masanya belum sampai lagi...Ingatlah...hidup kita bukanlah hanya semata2 mencari lelaki, mencari jodoh sehingga kita betul2 risau tentang itu....Itu semua urusan-Nya...ini kerana ada juga kawan2 kite yang terlampau risau sebab belum ada 'boyfriend' atau 'kekasih hati'......Tak payah risau...InsyaAllah...ada yang menanti, cuma masanya tak pasti lagi................(^_^)......

::::Wanita adalah fitnah dunia yang terbesar....Aku khuatir akulah diantara wanita fitnah dunia:::: 
-ANIS SHUHADA-