Friday, October 8, 2010

.....BiDaDaRi Syurga......

          Haaa...Entri kali ini nak cerita kisah Bidadari pulak....Tiba2 rasa terpanggil untuk menulis...Tangan ni pun dengan lajunya menaip....teruja lah katakan.....(^_^)...Kite ada juga Google pasal Bidadari ni...tapi semua cerita tu seakan2 sama je...macam artikel yg copy-paste je dari blog2 orang lain....Tapi kali ni kite nak kongsi cerita yang lain sikit...kiranya versi lain la....


          Bidadari merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t...Umum diketahui yang kecantikan bidadari ni tidak terjangkau oleh imaginasi manusia. Kecantikan dan juga kelembutan Bidadari mengatasi wanita2 di dunia......Allah menyebut mereka dengan panggilan "hur al-ain" yg bermaksud wanita yg berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yg sangat hitam seperti mata rusa yang sangat cantik.
          Dalam hadis al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Andai seorang wanita syurga menampilkan diri kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuhlah apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."
          Bidadari merupakan makhluk perindu. Mereka sentiasa merindui suami-suami mereka. Suami yang Allah ciptakan untuk mereka. Mereka akan duduk sambil mengalunkan suara merdu dan bernyanyi-nyanyi tanda mereka amat merindui suami-suami mereka. Suami-suami kepada para bidadari adalah lelaki-lelaki soleh yang sentiasa mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Mahar atau mas kahwin untuk bidadari hanyalah "panjang bertahajud"...Apabila suami mereka di dunia melakukan solat malam atau bertahajud, bidadari akan turun dan mengintip suaminya yang berada di dunia.


          Bidadari akan marah apabila melihat suami mereka disakiti oleh isteri-isteri di dunia. 
Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dalam kalangan bidadari berkata, 'Celakalah engkau, ia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi ia akan segera berpindah kepada kami."


          Keyakinan kepada bidadari membuatkan lelaki menundukkan pandangannya daripada aurat wanita di dunia. Ini kerana, apabila sedetik kita menurut kemahuan nafsu di dunia, dapat menghapuskan kenikmatan dalam syurga....Wallahualam....

*Credits to Solusi isu no 24...

Saturday, October 2, 2010

Layakkah kita untuk berkata "Kau Siapa?"

          Tengah sibuk2 buat assignment, tiba2 terfikir satu 'drama' dalam kelas...Drama ni dah lama tapi muncul dalam kepala pula.....Satu hari dalam kelas yang dihadiri oleh 20 orang pelajar, seorang tenaga pengajar lelaki yang petah bercakap dan juga seringkali mangutarakan hujah2 yang menggunakan logik akal..Tiba2, terkeluarlah  topik berkenaan 'academic background' tokoh2, pemimpin2 dan juga tidak terkecuali pendakwah agama...Ada yang berkelulusan dari universiti di tanah Arab dan ada juga yang dari universiti tempatan. Dengan tidak semena2    topik bekenaan isu kelulusan pendakwah agama menjadi hangat. Dr. tersebut memberitahu isi kelas yang dia kurang berkenan (atau dengan maksud lainnya kurang berminat) dan ragu2 dengan pendakwah agama yang tidak berkelulusan tinggi. Katanya lagi yang dia hairan serta pelik bagaimana seorang yang dilantik untuk memberikan fatwa, tetapi tiada ijazah dalam bidang tersebut.....


          Susah...memang susah untuk kita berbincang hal2 yang sedemikian...Pernah dulu ibu menasihatiku supaya jangan pandang siapa yang bercakap, tetapi dengarlah apa yang dicakapnya sekiranya percakapannya betul....Betul juga....Teringat dulu masa kat matrix ada belajar subjek Critical Thinking...Sir Abbas ex-Dean matrix yang ajar...topic "Fallacies" iaitu satu topik yg sangat menarik n kita boleh tahu tentang misconception (salah faham) that results from incorrect reasoning.....kiranya macam salah faham la....Under topic Fallacies ni ada macam2 tajuk dan yg sgt2 berkaitan dgn apa yg saya ceritakan tadi ialah 'Personal Attack'...Di mana orang akan merujuk kepada background orang yang bercakap untuk menolak apa yg disampaikannya...


          Kalau kita perhatikan, memang dunia sekarang isu tahap pendidikan dipandang tinggi. Seolah2 hanya orang yang berkelulusan universiti sahaja yang boleh bercakap itu dan ini. Apabila orang yang bukan lulusan universiti bercakap, seolah2 tidak diambil endah....Berlaku juga di kalangan rakan2 saya yang mempersoalkan tahap pendidikan seseorang apabila dia bercakap...Memang betul pandangan mereka...Tetapi jika dalam hal2 agama juga dipandang begitu bagaimana?...Ada juga yang lulusan Mesir tetapi apabila pulang ke tanah air, mereka masih lagi pergi menimba ilmu di pondok...
          Untuk bercakap asas2 fardu ain juga memerlukan ijazah untuk meyakinkan orang?...Tidak...kerana ilmu itu juga boleh dapat secara tidak langsung...melalui pembacaan atau masuk ke kelas2 fardu ain yg diadakan...atau juga mungkin juga melalui ceramah2 agama...Contohnya.......Apa bezanya pelajar pondok dan juga pelajar universiti walaupun jika kedua2 pelajar ini mengambil subjek yg sama di institusi masing?...Jawapannya ialah seorang pelajar akan dikurniakan ijazah sarjana dan seorang lagi dikurniakan sijil di institusinya...TAPI.......ilmu yg kedua-dua pelajar tadi adalah sama dan tiada bezanya....Janganlah isu tahap pendidikan diungkitkan sekiranya apa yg diutarakan oleh si penyampai adalah betul dan wajar...
Wallahualam....

.....Janganlah Pandang Pada Siapa Yang Bercakap...Tetapi Pandanglah Terhadap Apa Yang Disampaikan....