Tuesday, November 1, 2011

SiFaT AnaK SoleH

Sifat Anak Soleh
Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba


Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi

Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi

Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh
(Quoted: Anak Soleh song)


“Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.” (Riwayat Muslim)

HaRgA sEbUaH KemAAfAN

          Maaf, satu perkataan yang digunakan untuk mengekspresikan bahawa si pengucap sedar akan kesalahan yang dilakukan kepada si penerima. Namun bukan sahaja perkataan maaf yang digunakan, ada juga yang menggunakan "sorry" dan macam-macam lagi.
contoh:
    "Aku minta maaf, semalam aku guna kereta kau tapi aku tak isi minyak pun, tak sempat semalam."


    "Minta maaf ye ibu, semalam adik bengang dengan boyfren adik lepastu adik terpecahkan 5 biji pinggan
     Corelle ibu,nanti adik ganti balik."

      Perkataan "maaf" dan "ikhlas" sering dikatakan mempunyai perkaitan. Sejauh manakah keikhlasan seseorang untuk meminta maaf? Adakah kemaafan yang dipohon hanya untuk melepaskan diri sendiri?



      Kemaafan yang hendak diberikan bergantung kepada seseorang. Ada yang dengan senang hati memberi maaf, dan ada juga yang sukar memberi kemaafan...Mengapa?

"Kekwat sangatlah perempuan tu! aku dah minta maaf pun dia buat dek ja."
    
     Sebelum menunding jari pada orang lain, lihat diri sendiri dahulu. Apakah yang kita lakukan? Terukkah kesan yang kita tinggalkan? Kalau dah sampai mengganggu kesihatan orang, pengsan 2,3 minggu, kalau sampai seseorang tu jadi 'demotivated', maksudnya teruk lah tu....


     Perkataan yang baik dan memberi kemaafan lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (hati). Dan Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya), lagi al-Halim (Maha Penyantun). 
(Al-Baqarah:263)

Sunday, July 3, 2011

Jagalah Hati Itu

          Berbicara tentang perkataan 'Hati' sebenarnya amat luas. Perbuatan, perbicaraan dan juga kelakuan manusia seringkali dikaitkan dengan hati. Banyak pepatah-pepatah orang orang dulu-dulu yang dikaitkan dengan hati. Antaranya:-

-Patah Hati
-Suka Hati
-Sakit Hati


Seringkali kita dengar ayat-ayat yang digunakan melibatkan 'hati'

"Sakit hati aku tengok perangai perempuan tu"
"Suka hati akulah. Yang kau sibuk apasal?"

          Sebenarnya hatilah pusat segala perilaku manusia. ia juga boleh mengubah mood seseorang sama ada suka, sedih, marah dan berbagai-bagai lagi.

Masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya lagu 'Jagalah Hati' dendangan kumpulan Snada.

"Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi"



Penuh makna dan nasihat yang mendalam. Bait-bait lagu ini juga terselit nasihat supaya menjaga hati. Namun bukan sahaja hati diri sendiri, malahan hati ibu-bapa, rakan taulan dan orang-orang di sekeliling kita. Hayati lagi liriknya:-


"Namun bila hati busuk
Pikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk
Jadi makhluk terkutuk"



Bukan mudah untuk berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. Bukan mudah untuk memaafkan orang yang telah melakukan kesilapan yang mengakibatkan hidup kita tersiksa. Sebab itulah ada hadis Rasulullah yang menyebut tentang kaitan antara kasih-sayang dan Iman seorang Muslim.


"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."  -Riwayat Bukhari Dan Muslim-




Benar kata-kata Imam Nawawi, sekiranya kita memberikan sepenuhnya hati kita kepada makhluk yang bernama manusia, berkemungkinan besar hati itu akan dirosakkan oleh manusia sendiri. Bukan semua yang akan melakukan sedemikian rupa, cuma golongan yang tidak tahu menghargai harga sebuah hati yang akan melakukan sedemikian rupa.


"Jangan berikan sebanyak-banyaknya hati kamu kepada manusia. 
Aku khuatir hati tu akan dibinasakan."   -Imam Nawawi-

Friday, February 11, 2011

ChAnTEK @ CANTIK

          Cantik.....

          Apakah yang dimaksudkan dengan cantik?...
          Apakah yang dikatakan dengan nilai kecantikan?....
          Pada apa yang perlu disandarkan tentang 'cantik' itu?

          Paras rupanya?
          Bentuk badannya?
          Pakaiannya?
        
Cantik itu subjektif....ianya berdasarkan aras mata seseorang...umumnya, aras mata manusia berlainan antara satu sama lain....
Dan...nilai kecantikan itu juga berlainan. Terpulang pada penilainya...Ada yang menilai dari segi raut wajah. Ada yang menilai dari segi bentuk badan, dan macam-macam jenis penilaian yang dibuat...



Tapi, bagi kite...cantik itu datang dari dalam...
Tak perlu make up tebal2 sampai 3-4 inci untuk nampak cantik...
Cukuplah hatinya cantik...
Itu dah cukup memadai...