Tuesday, November 1, 2011

HaRgA sEbUaH KemAAfAN

          Maaf, satu perkataan yang digunakan untuk mengekspresikan bahawa si pengucap sedar akan kesalahan yang dilakukan kepada si penerima. Namun bukan sahaja perkataan maaf yang digunakan, ada juga yang menggunakan "sorry" dan macam-macam lagi.
contoh:
    "Aku minta maaf, semalam aku guna kereta kau tapi aku tak isi minyak pun, tak sempat semalam."


    "Minta maaf ye ibu, semalam adik bengang dengan boyfren adik lepastu adik terpecahkan 5 biji pinggan
     Corelle ibu,nanti adik ganti balik."

      Perkataan "maaf" dan "ikhlas" sering dikatakan mempunyai perkaitan. Sejauh manakah keikhlasan seseorang untuk meminta maaf? Adakah kemaafan yang dipohon hanya untuk melepaskan diri sendiri?



      Kemaafan yang hendak diberikan bergantung kepada seseorang. Ada yang dengan senang hati memberi maaf, dan ada juga yang sukar memberi kemaafan...Mengapa?

"Kekwat sangatlah perempuan tu! aku dah minta maaf pun dia buat dek ja."
    
     Sebelum menunding jari pada orang lain, lihat diri sendiri dahulu. Apakah yang kita lakukan? Terukkah kesan yang kita tinggalkan? Kalau dah sampai mengganggu kesihatan orang, pengsan 2,3 minggu, kalau sampai seseorang tu jadi 'demotivated', maksudnya teruk lah tu....


     Perkataan yang baik dan memberi kemaafan lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (hati). Dan Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya), lagi al-Halim (Maha Penyantun). 
(Al-Baqarah:263)

No comments: