Friday, April 6, 2012

Rambang Mata

         Assalamualaikum...

          Rambang mata? Apa kena dengan rambang mata?
Haaa....."Rambang mata" adalah simpulan bahasa yang bermaksud tidak tahu membuat pilihan.
Pernah tak kita pergi ke satu kedai baju lepastu kita pening tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya cantik-cantik belaka. Mesti pernah kan? 
          Bukan setakat barang-barang, kadang-kadang, peluang pun ada sesetengah orang yang rambang mata. Yela, tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semua peluang yang ada semua yang the best la. Ada juga yang rambang mata dengan perempuan, especially orang yang bekerja atau berurusan dengan ramai perempuan. Haaa...Nak pilih yang mana satu ni? Jeng Jeng Jeng. Yang berambut panjangkah? Yang bermata besarkah? Yang berlesung pipitkah? Atau yang tinggi lampai? Jawapan saya? Jom kita rephrase kata-kata Shakespeare dalam Sonnet 18------------ "Beauty lies in the eye of beholder" (Poem Sonnet 18 untuk next post k)
          Cuba bayangkan seorang artis lelaki yang hensem, banyak berlakon drama, hidup dikelilingi perempuan-perempuan yang cantik-cantik sama ada di set atau di majlis-majlis. Rasanya dia pun rambang mata nak pilih mana satu (kalau masih single la). Nak pilih orang biasa, takut orang tu nakkan dia sebab dia artis, dan macam-macam jenis takut dan halangan yang difikirkan. Sekali lagi, tanya sama hati. Kalau hati suka, teruskan.
            Kenapa HATI? ok..Next post InsyaAllah... Hee.. 

Monday, March 26, 2012

Aku Bertaubat Ya Allah

          "TAUBAT" Seringkali kita mendengar perkataan ini disebut oleh seseorang yang sudah insaf untuk melakukan sesuatu perkara.

"Taubat dah aku tak nak buat kerja-kerja macam tu."
"Aku dah taubat Lisa, jangan kau sebut lagi pasal tu."

          Alhamdulillah kalau seseorang tu dah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Kita doakan supaya hidupnya sentiasa dirahmati dan dikuatkan hatinya supaya tetap teguh dengan pendiriannya.
Tapi......

          Bagaimana pula dengan orang yang tidak mahu bertaubat?

"Nantilah...Aku muda lagi lah.. Kalau aku taubat pun nanti aku buat lagi."
" Aku belum sampai seru lagi.....Seru dah sampai nanti aku taubatlah."

Taubat tak mengira usia, tua atau muda. Bukan soal sampai seru ke tak....Seru tu dah sampai sejak dari dulu...Sejak bertapaknya agama Allah dimuka bumi. Kadang-kadang seseorang tu sedar dirinya melakukan kesalahan dan terlalu ego untuk mengaku kesilapan..

          Ada juga yang ada rasa keinsafan tetapi takut dengan kata-kata dan penerimaan orang sekeliling dan takut untuk berubah. Usah khuatir, kuatkan tekad di hati kerana Allah sentiasa bersama kita. Jangan tunggu dan 'delay' kerana masa tidak pernah menunggu kita. Hidup ini hanyalah perjalanan untuk mencari bekalan untuk Akhirat.

          
          Tak semestinya bila seseorang itu bertaubat, dia kena singkirkan semua rakan-rakan lamanya, terperuk berperap di dalam rumah, memakai jubah dan kopiah beserta tasbih di tangan...Tidak semestinya. Saya ulang, Tidak Semestinya. Dia hanya perlu menjalani kehidupannya seperti biasa asalkan ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Belajar untuk berubah dan meningkatkan amalan secara perlahan-lahan dan istiqamah. InsyaAllah...



"Selangkah Kita mendekati Allah, Seribu Langkah Allah menghampiri kita."
"Barangsiapa yang mengingati Allah diwaktu senangnya, Nescaya Allah akan mengingati dia diwaktu susahnya"





Monday, January 9, 2012

Cakap-Cakap: Itu Ini Macam Tu Macam Ni

          Percakapan adalah salah satu cara untuk kita menyampaikan maklumat. Namun percakapan itu ada dua jenis. Yang baik dan juga yang tak baik. Sebut pasal percakapan yang baik, umum dah tahu macam mana jenis percakapan yang baik itu. Berhati-hati semasa menyampaikan berita kepada orang lain kerana ianya boleh menyebabkan banyak kesan. Kalau cerita yang kita sampaikan itu baik, maka baiklah kesannya. Tapi kalau cerita yang kita sampaikan tu tidak baik, maka buruklah kesannya.



          Pengalaman sendiri menghadapi situasi diatas. Tapi lain sikit coraknya. Saya jenis seorang yang susah untuk berkongsi rahsia ataupun mengadukan hal peribadi kepada rakan-rakan. Pada suatu hari, ada seorang rakan yang agak rapat, Miss Y (suam-suam kuku) bertanyakan hal peribadi saya. Oleh kerana percayakannya, saya pun menceritakan hal tersebut (cerita secara general je, bagi main point je). Tak lama selepas itu (dalam 4, 5 bulan), seorang rakan yang lain (Miss X) bertanya:
Miss X: Anis, eh bukan awak...........Kenapa cakap tak ada pulak?
Miss Me: Eh, mana tahu ni? (tersangat-sangatlah curious sebab mana pulak dia tahu pasal ni)
Miss X: Tak ingatla, tapi diaorang cakap macam tu la

          Diorang???? See! Masa mula-mula dapat tahu tu hati memanglah terbakar tahap gaban. Panas je dengar sebab rupa-rupanya cerita yang kita kongsikan tu disebar-sebarkan. Banyak sangat soalan yang timbul dalam kepala ni...Antaranya:
-Sampai Hati dia cerita kat orang lain?
-Kenapa dia buat macam tu?
-Kenapa sebarkan cerita aku?
-Dah takde kerja lain ke asyik cerita pasal aku?

 Tak boleh nak buat apa lah, sebab salah saya juga dan puncanya daripada saya. Marah??... Tak boleh nak marah dah sebab semuanya dah terjadi. Marah-marah pun dah tak guna. Apa yang saya mampu buat adalah betulkan sedikit salah faham dalam info itu kepada yang bertanya atau Miss X tadi..
Miss Me: Takdelah, bukan macam tu. Sebenarnya macam ni.........
Miss X: Ohhh...macam tu ke?
Miss Me: Ye.

          TAPI........satu pengajaran penting yang saya dapat ialah hanya berkongsi hal peribadi dengan orang yang benar-benar dipercayai supaya tak timbul salah faham nanti. Susah-susah sangat, tak payah nak cerita kat orang. Mengadu pada Allah. Dia yang Maha Mengetahui, Maha Mendengar. Saya pernah dengar satu ayat, tapi tidak dinyatakan pula dari mana sumber ayat atau kata-kata ni:

"Barangsiapa yang membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain."

Bunyi dah macam internet bergerak la pulak...hehehe...


Apa-apa pun, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadika sempadan... :)